Di sini ingin saya umumkan Komponen Chat telah ditambah pada laman ini untuk membolehkan semua exsmachian untuk chat sesama sendiri apabila online pada masa yang sama. Walau bagaimana pun Komponen ini masih dalam percubaan kerana saya perlu menukar theme Komponen ini untuk membolehkan paparan yang lebih jelas. Untuk membolehkan rakan - rakan chat, sila klik icon chat seperti di bawah ini di bahagian tepi laman selepas anda login masuk ke web ini.
Selamat datang ke Portal Exsmachian 1996-2000 Millennium batch. Web ini diwujudkan kembali memandangkan betapa perlunya kesinambungan silaturrahim antara kita.Saya mengharapkan agar portal ini mendapat sambutan di kalangan kita dan sama-samalah kita cuba untuk meriahkan portal ini sebagai tempat sehenti bagi mengetahui perkembangan terkini diri masing-masing khasnya dan perkembangan semasa amnya.Portal ini boleh dilayari di URL http://www.exsmachian2000.org. Anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang Daftar atau DI SINI .Anda juga digalakkan menyertai ruangan FORUM untuk perkembangan terkini masing-masing. Saya juga berharap agar kewujudan portal ini dapat disebarkan kepada semua rakan-rakan kita sekalian.Sekian, Terima kasih.
Sama2 kita panjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat-Nya kerana memberikan kesempatan dan peluang kepada kite semua, bekas pelajar SMACH 2000 untuk cuba menjalinkan semula sillaturrahim antara kita yang boleh dikatakan telah terputus sejak 8 tahun yang lepas.. Ucapan terima kasih kepada IWE yang bersusah payah menyediakan laman web ini yang diharapkan menjadi suatu wadah untuk kite sama2 merapatkan kembali ikatan yang telah kita bina selama 5 tahun di SMACH dahulu.Semoga nama IKATAN PELAJAR TINGKATAN (IPT) 5 batch 2000 terus utuh dalam ingatan kite semua.
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 04 September 2008 )
Di sini saya ingin menarik perhatian exsmachian sekalian berkenaan Penggunaan FORUM di portal ini. Sebagai mana yang kita tahu, sebenarnya nadi portal ini adalah pada forum ini kerana segala perbincangan dan maklumbalas dari sahabat-sahabat sekalian sepatutnya ditulis di forum agar dapat diakses oleh exsmachian yang lain. Di sini, saya akan memberi beberapa tip berkenaan cara penggunaan ruangan forum ini. Langkah-langkah yang dicadangkan adalah seperti berikut :
Sebaik sahaja anda akses ke portal ini, perkara PERTAMA yang MESTI dilakukan adalah menDAFTARkan diri anda DI SINI . (Sekiranya anda adalah EXSMACHIAN Batch 1996-2000).
Setelah itu anda digalakkan menggunakan RUANGAN FORUM untuk membincangkan sesuatu isu.Pautan ke FORUM dapat diakses melalui menu sebelah kiri atau anda boleh mencapainya DI SINI .
Bagi sesiapa yang ingin mengirim artikel, adalah sangat digalakkan dan dialu-alukan. Capaian ke menu KIRIM ARTIKEL berada pada menu sebelah kiri anda atau Klik sahaja DI SINI.
Segala Permasalahan berkaitan portal ini harap dapat diajukan kepada saya melalui email
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Kerjasama anda diucapkan jutaan terima kasih.